Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA kasih jari anak yatim BERJAYA MENCAPAI 149 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI

111  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1604.
Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah saw. melihat banyak wanita dan anak-anak kembali dari suatu pesta perkawinan. Lalu beliau berdiri lama-lama dengan gembira, seraya berkata: "Hai Tuhan! Kamu ini semua adalah termasuk orang-orang yang paling saya cintai."

112  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1813.
Dari 'Ubadah bin Sham r.a. katanya: Saya berjanji kepada Rasulullah saw. bersama beberapa orang. Beliau berkata: "Aku mengambil janji kamu bahawa kamu tidak akan mempersekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, tidak mencuri, tidak membunuh anak-anak kami, tidak mengadakan kebohongan yang kamu ada-adakan saja di antara tangan dan kaki kamu dan tidak akan melanggar perintahku berkenaan dengan perbuatan baik. Barangsiapa di antara kamu yang menepati janjinya, maka pahalanya akan dibayar cukup oleh Allah. Tetapi siapa yang melanggar sesuatu di antaranya, lalu orang itu mendapat hukuman di dunia kerana kesalahannya, maka hukuman itu menjadi penutup dosanya dan membersihkannya. Dan siapa yang ditutup oleh Allah kesalahannya (tidak menerima hukuman), maka terserahlah kepada Allah: kalau Dia mahu, orang itu diseksaNya dan kalau Dia suka diampuniNya."

113  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1809.
Dari 'Aisyah r.a. bahawa kaum Quraisy amat memusingkan mereka hal seseorang perempuan suku Makhzum yang melakukan pencurian. Mereka mengatakan: "Siapakah yang boleh berbicara dengan Rasulullah saw. (mengemukakan permintaan supaya perempuan itu dibebaskan)? Tiada yang berani untuk membicarakan hal itu hanyalah Usamah kesayangan Rasulullah saw," Lalu Usamah berbicara dengan Rasulullah saw. dan beliau menjawab: "Adakah engkau hendak menolong supaya orang bebas dari hukuman Allah?" Kemudian itu Nabi berdiri dan berkhutbah, sabda beliau: "Hai orang banyak! Orang-orang yang sebelum kamu menjadi sesat jalan disebabkan apabila seorang bangsawan mencuri, mereka biarkan saja (tidak dihukum). Tetapi kalau seorang yang lemah (rakyat biasa) mencuri, mereka lakukan hukuman kepadanya. Demi Allah! Kalau seandainya Fatimah anak Muhammad mencuri, nescaya Muhammad akan memotong tangan anaknya itu. "

114  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0321.
Berita dari 'Urwah r.a. mengatakan, bahawa ' Aisyah mengkhabarkan kepadanya, katanya: "Rasulullah saw. menunda solat Isyak pada suatu malam, iaitu sebelum Islam tersiar luas. Maka Nabi belum juga datang ke masjid, sehingga Umar berkata: Kaum wanita dan anak-anak telah tidur. kerana itu Nabi datang ke masjid, lalu bersabda kepada orang-orang di masjid: "Tidak seorang pun penduduk bumi yang menanti-nanti waktu solat Isyak selain kamu semua."

115  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1385.
Dari Saib bin Yazid r.a., katanya: Kami pergi bersama anak-anak menyambut Rasulullah s.a.w. ke bukit Wada.

116  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0520.
Dari Ummu 'Athiyah r.a., katanya: "Kami diperintahkan pergi solat 'Id, bahkan anak-anak gadis keluar dari pingitannya. Begitu juga wanita-wanita yang sedang haid, tetapi mereka ini hanya berdiri saja di belakang orang banyak, turut takbir dan mendoa bersama-sama. Mereka mengharapkan beroleh berkat dan kesucian pada hari itu."

117  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0884.
Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Ketika Nabi saw. tiba di Mekah, beliau disambut oleh anak-anak Abdul Muththalib, lalu dipangkunya seorang di antara mereka dan yang lain mengikutinya di belakang.

118  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1203.
Dari Ibnu 'Aun r.a., katanya: Saya berkirim surat kepada Nafi', lalu ditulisnya balasan kepada saya: "Sesungguhnya Nabi s.a.w. melakukan serangan atas Bani Musthaliq ketika mereka sedang lalai dan binatang mereka sedang di tempat minum, lalu beliau bunuh tentera mereka dan beliau tawan anak-anak mereka. Hari itu beliau mengambil Juairiyah."

119  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1511.
Dari Abu Hurairah r.a.: Ia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada tiga orang dari Bani Israil yang masing-masingnya berpenyakit kusta, botak dan buta. Tuhan hendak menguji, lalu mengutus malaikat menemui mereka. Malaikat itu datang lebih dahulu kepada yang berpenyakit kusta. Kata malaikat itu: "Apakah sesuatu yang paling engkau sukai?" Jawabnya: "Warna yang bagus dan kulit yang bagus! Orang banyak telah jijik melihat ku!" Malaikat itu mengusapnya. Lalu hilanglah penyakitnya. Kemudian diberi warna yang bagus dan kulit yang bagus. Kata malaikat: "Apakah harta yang paling engkau sukai? "Jawabnya: "Unta!" Lalu ia diberi unta yang bunting sepuluh bulan. Kata malaikat: " Engkau akan diberi keberkatan", Kemudian malaikat itu datang kepada orang yang botak seraya berkata: "Apakah sesuatu yang paling engkau sukai?" Katanya: "Rambut yang bagus dan botak ini hilang dari aku kerana orang banyak telah jijik melihat ku". Malaikat itu lalu mengusapnya maka hilanglah botaknya dan ia diberi rambut yang bagus. Kata malaikat: "Apakah harta yang paling engkau sukai'?" Katanya: "Lembu!" Malaikat itu lalu memberinya seekor lembu yang bunting, seraya berkata: " Engkau akan diberi keberkatan". Kemudian malaikat itu datang pula kepada orang yang buta, seraya berkata: "Apakah sesuatu yang paling engkau sukai?" Jawabnya: "Mudah-mudahan Tuhan mengembalikan penglihatan ku supaya dapat melihat manusia". Malaikat itu pun mengusapnya. Tuhan mengembalikan penglihatannya. Kata malaikat: "Apakah harta yang paling engkau sukai?" Jawabnya: "Kambing!" Malaikat itu lalu memberinya kambing yang bunting. Sesudah itu beranaklah unta dan lembu, dan kambing beranak pula. Maka orang-orang itu mempunyai lembah yang dipenuhi unta, lembah yang dipenuhi lembu dan, lembah yang dipenuhi kambing. Kemudian datanglah malaikat yang dahulu kepada orang yang tadinya berpenyakit kusta dalam rupa dan keadaannya (yang menyedihkan), seraya katanya: "Saya ini seorang laki-laki miskin yang telah melintasi bukit dalam perjalanan. Maka pada hari ini tiadalah yang menyampaikan melainkan Tuhan. Kemudian saya datang kepada engkau untuk meminta dengan nama Tuhan yang telah memberi engkau dengan warna yang bagus dan harta berupa unta, agar engkau sudi mencukupkan belanja dalam perjalanan ku". Kata orang itu: "Kewajiban-kewajiban yang lain masih banyak!" Kata malaikat itu padanya: "Seakan-akan saya telah mengenal engkau. Bukankah engkau dahulunya berpenyakit kusta dan orang banyak jijik melihat engkau, lagi miskin, tetapi kemudian Tuhan memberi kebaikan dan kekayaan kepada engkau?" Kata orang itu: "Harta ini saya warisi dari bapa dan nenek saya". Kata malaikat: "Kalau engkau dusta, Tuhan akan menjadikan engkau sebagaimana keadaan engkau dahulunya!" Dan kemudian malaikat itu datang kepada orang yang dahulunya botak dengan rupa dan keadaan yang menyedihkan, lalu dikatakannya pula sebagai perkataan kepada orang tadi. Orang itu pun menjawab sebagai jawapan orang itu pula. Malaikat lalu berkata: "Kalau engkau dusta Tuhan akan menjadikan engkau sebagaimana keadaan engkau dahulunya". Dan kemudian ia datang kepada orang yang dahulunya buta dengan rupa yang menyedihkan, seraya berkata: "Saya ini seorang laki-laki miskin dan telah melintasi bukit dalam perjalanan ku. Maka had ini tiada yang akan menyampaikan melainkan Tuhan. Saya datang kepada engkau untuk meminta dengan nama Tuhan yang telah memberi penglihatan dan kambing kepada engkau untuk mencukupkan perbekalanku dalam perjalanan ku ". Kata orang itu: "Saya dahulunya buta. Tuhan lalu mengembalikan penglihatan saya. Dahulunya saya miskin dan Tuhan telah mengayakan saya. Sebab itu ambillah sesukamu! Demi Allah! Hari ini saya tiada akan mencegah engkau mengambilnya kerana Allah, berapa saja". Kata malaikat" itu: "Peganglah harta engkau! Sesungguhnya kamu diuji. Tuhan telah rela (merasa senang) kepada engkau dan marah kepada dua orang kawan engkau".

120  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0508.
Diceritakan dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Rasulullah saw. solat Subuh ketika pagi masih gelap. Kemudian beliau menaiki kenderaan beliau dan berkata: "Allahu Akbar! Khaibar jatuh. Bila kami telah masuk ke daerah lawan, maka amat siallah bagi mereka sesudah mereka diberi ancaman." Penduduknya keluar dan berjalan di jalan-jalan. Mereka berkata: "Muhammad dan tentara!" Rasulullah dapat mengalahkan mereka, membunuh orang-orang yang melawan, serta menawan para wanita dan anak-anak. Shafiyah dapat ditawan oleh Dihyah Al Kalbi, lalu diserahkannya kepada Rasulullah saw. Kemudian tawanan ini dikahwini oleh Rasulullah, dengan mahar, memerdekakannya dari perbudakan."